Pages


Thursday, 13 December 2012

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera semua,,,,,,,harap2 semua sihat hendaknya,,,,,
Ha.....ari ni, saksi nk cakap(cakap ker??) tentang lapar..... Agak-agak kenapa kita lapar??? Tengah hari macam ni lau lapar mesti teringin nak makan makanan kampung kan??yer la...macam ulaman tuh....kenapa kita lapar yer?????

Sebenarnya rasa lapar tu amat penting kerana ianya merupakan isyarat bahawa badan kita perlu menambah tenaga yang kurang....
Namun sekarang, rasa lapar tu makin berkurang...yela..taraf hidup dah meningkat dan kita xrasa lapar pun dah boleh makan. Makanan pula ada kat mana2 jer... dan inilah punca yang menyebabkan masyarakat pada hari ini menghidap penyakit obesiti dan kegemukan terlampau.

In fact,,,sebenarnya rasa lapar mempunyai kaitan yang rapat dengan proses permulaan dan pengakhiran semasa kita makan. Rasa lapar ni sebenarnya berpunca dari peningkatan hormon Ghrelin dalam darah yang dikeluarkan oleh sel2 dalam perut kita ni...

Tapi, kita sebenarnya digalakkan berpuasa kerana hormon Ghrelin ni didapati memberi banyak kesan positif dalam tubuh kita dan membuatkan daya tahan dan kadar metabolisme dalam badan kita meningkat..Jadi benarlah,,,,Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2...

إِنَّا كُلَّ شَىۡءٍ خَلَقۡنَـٰهُ بِقَدَرٍ۬ (٤٩)

“Sesungguhnya Kami ciptaan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi.” – (al-Qamar:49)
 


Ok la sahabat semua,,sampai di sini saja perkongsian ini pada hari ini....pas ni saksi nak g makan dan nk sambung siapkan assignment plak...salam hari Jumaat...Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment